No posts.
No posts.

LAPORAN MEDIA: Norhelan Ketua Wanita Jerantut yang baru

JERANTUT 12 Okt. - Norhelan Mahmud dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang baru selepas menewaskan penyandang jawatan itu pada persidangan perwakilan bahagian tersebut malam tadi.

Norhelan iaitu bekas Naib Ketua Wanita lalu yang mendapat 142 undi mengatasi Nazilah Abdul Latif yang memperoleh 127 undi pada pertandingan dua penjuru itu.

Nazilah yang merupakan seorang guru memegang jawatan Ketua Wanita Jerantut sejak tiga penggal lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita bahagian itu, Siti Zaharah Mohd. Khalid pada pukul 8.24 malam tadi.

Sementara itu, Siti Hajar Abdul Mubin memenangi jawatan Naib Ketua Wanita Jerantut yang memperoleh 142 undi, menewaskan Khatijah Mohd. Said yang mendapat 127 undi.

Siti Hajar dan Khatijah yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian itu bertanding merebut jawatan tersebut selepas dikosongkan oleh Norhelan. – Utusan Malaysia - Klik untuk baca on line

Norhelan Ketua Wanita UMNO Jerantut baru

JERANTUT 12 Okt. - Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Jerantut, Norhelan Mahmud dipilih sebagai ketua Wanita yang baru selepas menewaskan penyandang jawatan itu pada persidangan perwakilan bahagian tersebut semalam.

Norhelan memperoleh 142 undi mengatasi Nazilah Abdul Latif yang mendapat 127 undi pada pertandingan dua penjuru itu.

Nazilah yang merupakan seorang guru memegang jawatan Ketua UMNO Wanita Jerantut sejak tiga penggal lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita bahagian itu, Siti Zaharah Mohd. Khalid pada pukul 8.24 malam.

Seramai 273 orang perwakilan daripada 83 cawangan Wanita bahagian Jerantut hadir pada persidangan yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Sementara itu, Siti Hajar Abdul Mubin memenangi jawatan Naib Ketua Wanita Jerantut dengan memperoleh 142 undi, menewaskan Khatijah Mohd. Said yang mendapat 127 undi.

Siti Hajar dan Khatijah yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian itu bertanding merebut jawatan tersebut selepas dikosongkan oleh Norhelan.

Utusan Malaysia - Klik untuk baca on line
 

©2009 Laporan Media | by TNB